Hari ni Aniq dah bergelar SDARIAN...pagi tadi, aku, hubby and Adriana memberi sokongan kami bersama-sama mendaftar Aniq di SDAR (Sek Dato' Abd Razak). Seawal pukul 8 pagi kami sudah sampai di SDAR....process pendaftaran berjalan lancar sehinggalah process membayar yuran...alhamdulillah
Kagum juga melihat pelajar-pelajar Sr SDAR, mempunyai sifah menghormati parents yang datang dan adik-adik yg baru. Kami dibantu oleh pelajar-pelajar senior sehingga sampai ke hostel seterusnya Dorm yang mana Dorm inilah akan menjadi bilik baru di rumah baru di alam yang baru.
Kesemua kami bertungkus lumus membersihkan locker Aniq, mengemaskan tilam dan meletakkan baju di dalam. Aniq dan kami memilih tempat berhampiran dgn tingkap dan katil di bawah sebab ambil tepi tinggkap biar sejuk berangin dan kalau kami datang Aniq dah nampak. Memilih berada di bawah, bimbang akan keselamatan Aniq kalau kat atas takut jatuh, lagi pun senang duduk bawah.
Setelah selesai berkemas, perut pun dah mula berbunyi, baru sedar tak lunch lagi dan kami harus cepat kerana by pukul 6 petang semua parents di minta beredar dan meninggal kan anak masing-masing.
Kami makan tengah hari di pekan kecik..ape tah nama dia. Lepas makan beli sedikit lagi keperluan tambahan untuk Aniq dan terus balik ke hostel balik. Jam hampir menunjukkan pukul 5:30pm....Aniq kami suruh untuk mandi dan tukar pakaian untuk activity malam sebelum kami tinggal dia.
Tepat jam 6pm, setelah siap semuanya, sampai lah masa kami mengucapkan selamat tinggal. Hati ibu mana tidak sebak, selama 12 tahun tidak pernah berpisah dan sampai masa yang dia perlu berdikari di Hostel. I was crying and he is such a good son. Dia ckp..Mama jgn la nangis, Aniq will be fine sambil kesat air mata aku.
Like it or not we need to leave him.
Malamnya terasa sangat sunyi, sangat berbeza - time makan dah kurang satu pinggan, naik atas bilik Adriana saja yang berlampu....memang sedih..
Dalam memikirkannya mata terlelap jua, tapi tepat jam 11:15malam aku dikejutkan oleh bunyi phone hubby. Memang panggilan yang dinantikan...panggilan dari Aniq....he sounds good...tapi lepas dia wish routine hariannya dia menangis. Normally setiap malam tidak pernah tidak Aniq, Adriana dan Aiman akan ucapkan good nite, sweet dream, love you and assalamualaikum dan selepas itu mereka semua akan salam aku dan hubby seterusnya kami akan kucup pipi anak-anak ini. But tonite lepas dia ucapkan semua tu, tiada kucupan di pipi dia dan dia x dapat salam dgn aku dan hubby.
Macam biasalah, once dengar dia nangis air mata aku pun laju macam air paip ler...heheheheh...dah aku pulak kena pujuk dgn hubby aku pula.
Itulah...sayang emak dan ayah pada anaknya
Wednesday, January 5, 2011
Aniq is SDARIAN today
Posted by Aku Lela at 11:45 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)