BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, February 11, 2009

Al-Fatihah buat Mak Teh sekeluarga.

Semalam, on the way aku ke office, hubby aku called. Katanya Pak Teh meninggal. Terkebil2 aku sekejap. Tanpa bertanya banyak..aku pun buat U-Turn and ambil Aiman dari nursery untuk ditinggalkan dirumah bersama maid aku. Tak pula aku dengar yang dia sakit sebelum ini. Baru bulan lepas keluarga mertuaku ke sana menghadiri kenduri kahwin anaknya.

Pukul 10:30am aku dan suami bersama2 keluarga mertua berangkat ker Serting. Kami tiba di rumah arwah pada pukul 3:30pm setalah berhenti makan dan solat zohor. Arwah telah siap di kafankan. Seluruh anak2 dan mak teh berada di sisi arwah. Aku nampak Mak Teh terduduk lesu tanpa sepatah kata. Arwah meninggalkan 8 orang anak. 3 sudah berkerja dan 2 daripadanya sudah berkahwin manakala 5 lagi masih bersekolah.

Pak Teh selamat dikebumikan sebelum solat asar. Ramai sanak saudara menangisi permergian mengejut Pak Teh. Aku juga turut sedih tapi masih lagi dapat mengawal air mata. Aku merenung wajah 2 anak kecil yang usia mereka sama baya dengan anak aku. Seorang 11 tahun sama baya dgn anak sulung ku, dan seorang lagi darjah 2 tua setahun daripada anak kedua ku. Dengan tiba-tiba aku menjadi sebak. Dalam usia yang masih mentah dah masih tidak mengetahui apa yg berlaku, mereka sudah bergelar anak yatim. Itulah naluri seorang ibu....

Kepada Mak Teh, kuatkan semangat kerana anak-anak mu masih memerlukan mu. Al Fatihah

Selamat Tahun Baru

Fuh! lamanya x update aku punya blog ni. Anyway masih x terlewat (aku rasalah) untuk aku ucapkan, Selamat Tahun Baru 2009 walaupun hampir 2 bulan sudah berlalu. Alhamdulillah, tahun 2008 banyak kenangan manis buatku samada secara peribadi ataupun pencapaian kerjaku. 2008 boleh dikatakan tahun bertuan buat diri. Aku telah dikurniakan cahaya mata ke 3 selepas 6 tahun menunggu. Dalam kerjaya pula, alhamdulillah aku hampir mencapai "Quota" yg diberikan padaku. 87% eeeemmmm not too bad.(Syok sendiri).

Tahun 2009, adalah tahun yang lebih mencabar. Dalam kegawatan ekonomi dunia, aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Good Luck! to me..

Saturday, November 15, 2008

Aiman dah boleh meniarap

13/11/2008, genap 3 bulan umur Aiman. Hari ni jugalah, dia dah pandai meniarap. Sebelum ni memang dia usaha sungguh, tapi x boleh angkat kepala lah, tangan sebelah kat position salah lah, macam2 halangan lah. Kesian gak tengok dia, sampai penuh air liur kat muka, dok pulun nak meniarap. Yang bestnya kitaorang pun setiap kali dia dok usaha nak meniarap, kitaorang pun penak gak.

Finally, segala usaha membuahkan hasil. Sekarang ni dia dah pro. Pantang baring, tengok2 dah meniarap. Dalam berakpun (opppsss) boleh meniarap. Ingat-ingat aku, dalam banyak2 anak2 aku, dia yang palin cepat meniarap. Yang lain semua 4 bulan baru boleh.

Well Done Aiman. Keep it up!!!!

Jealous ker Aku ni...entahhhhhh

Emmmm...nak kata x jealous memang rasa jealous..nak kata jealous, x juga..tapi..oklah memang aku jealouslah. Camni, ada satu minah ni, kawan hubby aku, and kawan aku juga. Yang aku hangin tu, aku hantar message kat dia kat facebook ada la 2-3 message, satu pun dia x balas, tetiba dok pi comment status hubby aku. Memang ler aku angin. Yang buatkan aku angin lagi tu, dia ni memang dulu ada hati sket kat hubby aku. Aperla punya orang, yang kat kawan pompuan x layan, kat laki orang pulak yang ada masa dok layan. Lantak lah dia, bukan dia bagi aku makan pun. Dia pun x ler lawa sangat. Dah lah tu syok sendiri...kakakakakakkaka

Malamnya tengok update kat facebook hubby aku. Dia baru jer upload gambar geng2 motor lama2 dulu. Out of that photos, ada pulak terselit gambar dia dengan Mak We manalah pulak. Emmmm apalah. Upload lah gambar lain. Kenapalah gambar tu yang nak di uploadkan. Panjanglah muncung aku. Aku cakap kat dia. Dia kata, dia just nak make fun of that photo, sure nanti dapat comment yang kelakar. Aku kata, aku tak suka. Memang aku tunjuk perasaan. Muka masam, kalah cuka.

Finally, dia kata oklah, dia removed gambar tu. Yeyyyyyyyy!!!!. Camtulah...Muaaaaahhhhhhhhh, I love you D.

Ada-ada jer lah Boss aku ni

Ni nak citer pasal Boss aku. Dia ni ok, tapi kenkadang, tension gak aku. Camni kisah dia. On 14/11/2008 aku ada training kat SAP, during training tu dia sms aku suruh aku emailkan one of aku punya principal email address to aku punya colleague. Ok lah..tapi sebab leka dengan training aku terlupa. So balik rumah. Malam tu dalam pukul 11 camtu, aku perasan ada satu sms dari boss aku, kata problem dah solved so x yah emailkan email address yg dia minta tadi. So, aku pun x reply lah sms dia, sebab dah lewat sangat.

Next day nya pegi office macam biasa ler. Lepas lunch, aku dapat sms dari boss aku, tanya kenapa aku x reply 2 kali sms dia hantar malam semalam. So aku jadi pelik sekejap, tengok balik sms aku, kot2 aku termissed sms dari dia. Tapi memang confirm yang aku dapat satu jer sms dia malam semalam, so aku reply balik yang aku dapat sekali jer..and aku baca dah lewat and decided not to reply sebab lewat malam. Lagi pun problem dah solved. Dia reply balik sms aku, dia kata, kan aku tahu yang dia memang particular bab2 sms x reply ni and jangan jadi macam a few of my colleague yang dia dah pernah sound sebab x reply sms and x return call. Aku sedih ler..sebabnya bagi aku senang jer, kalu dah memang urgent call lah aku, sms dia ada possibility org x dengar and sms x sampai.

So, aku balik office aku decided jumpa dia and terangkan the whole scenario. Aku rasa aku x salah. Aku x pernah wat camni, setiap sms akan aku reply. Aku katalah, x leh samakan aku dengan kes2 yg lepas. Dia x call pun aku, so dia x leh ler salahkan aku.

Finally, dia cakap oklah...dia mungkin tension, and dia minta maaf. Ok lah camtu. Princip aku memang senang, kalu aku salah then aku mengaku salah, tapi kalu aku rasa aku betul aku akan justify kenapa aku rasa aku betul. Tapi memang ler kadang2 boss aku ni sensitive orangnya. Apa nak buat, camner pun dia Boss aku.

Wednesday, November 12, 2008

Kisah Adriana.....

Selalunya dia gi tadika pagi-pagi Papa dia hantarkan. Pegi sekali dengan Abang yg pegi sekolah. Aku pula hantar Aiman ke nursery kemudian, lewat sikit ler. Nursery dan tadika Adriana adalah tempat yang sama. Aku ada maid tapi tak harap lagi nak tinggal kan baby (Aiman) aku kat dia.

Ok, back tu cerita Adriana. Selalunya masa aku hantar Aiman, aku akan pegi tengok Adriana kat kelas dia, and kiss dia sebelum aku gi kerja. Jadi pagi semalam aku tak hantar Aiman, sebab hubby aku hantar semua sekali, save la minyak sikit. Tak yah lah hubby aku pun pi nursery/tadika, aku pun pegi tempat yang sama. Nanti balik kerja aku la ambik Aiman. Si Adriana ni, dia dok ingat macam mana pun aku akan pi Nursery / tadika juga, so dia dok tunggu aku pegi kiss dia. Apa lagi, bila dia balik dari tadika, dia call aku, menangis bagai nak rak...tanya kenapa aku tak pi kiss dia. Ya Allah....fening kepala, fening. Puaslah aku kena explaine kat dalam phone. Anak-anak, macam-macam perangai. So sekarang, kalau pagi aku x hantar Aiman, aku kena cakap kat dia awal-awal yang aku tak akan kiss dia kat sekolah.

Penat! Penat!

Semalam, penat gilerrrr!!! Ada 3 appointments. Nasib baik 1 called off. We need to have 8 sales appointment a week, kalu tak fail and kena ler menjawab dengan boss. Semalam lak boss hangin jer semacam. Communication problem. Pas tu dok simpan dalam hati. Aku senang jer..kalu aku salah cakap ler...kalau aku ada explanation aku, then aku kasi tau. Tak guna benda yang camni nak argue lama-lama. Pas tu settle. Ha, lega. Balik rumah tak payah nak pening-pening kepala.