BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

Bayar ler hutang aku...

Adussss...bengkek betul aku kalau org berhutang tak bayar ni. Dalam kes aku ni...2 org yg tak bayar hutang...satu hutang kutu satu lagi hutang cupcake (farah kalu farah baca ni bukan ditujukan kat Ivy tau)

Yg satu tu dah jadi x staff, tapi dia masi turn aku dapat kutu portion aku dia kata dia nak bank in...sampai skrg harammmm dah sebulan dah. sms tak reply pun. Satu lagi case tempah cupcake dari Nov tak bayar...aku pula bukan jenis nak chase org tapi bila terpaksa kena ler...sampai aku terpaksa email dia ckp sorry nak minta dia bayar duit aku...aku lak yg ckp sorry. Janji bila gaji dapat and claim dapat. Ni dah dua kali claim and gaji dah...habuk pun aku tak nampak adusssss...memang bukan banyak...tapi kalau dah 2-3 org dok hutang banyak gak la...yg peliknya tengok muka aku 2-3 sehari..pun masih tak bayar...memang aku dah tenstion ler...jgn ler ambik kesempatan di atas kebaikan org. Mudah-mudahan dibukanlah hati dia untuk bayar hutang aku

Sakit + Drama ???????

Baca titile ni betul2..mesti anda sume tertanya2 ape cer?. Ni cerita pasal anak aku yang sulung si Irfan Aniq. Anak..anak...boleh sewel aku dah hubby dibuatnya. Dia ni memang ada history of having gastric. On 31st Dec 2009. Dia memang cakap perut dia meragam..so hubby aku pun kasi ler ubat gastric yg dia biasa makan tu. Kebetulan hari ni memang aku nak bawak dia dan adik dia pegi sekolah (both sek keb and agama) sebab nak beli buku. So habis urusan di sek keb around 10am. Aku decide bawak dorang ke office dulu sbb aku memang banyak kerja. Sampai kat off, aku letak dorang dalam disc room kat belakang....masa kat office ok jer...huhahua...siap main aper tu ala bola sepak yg meja tu. Sampai petang masih ok...malam nya dia siap belasah maggie mee lagi.

Besok tu new year...kitaorg decide balik Kelang. Masa kat Kelang dia ok jer..main dgn cousin dia walaupun pagi tu dia ambik ubat. Tapi lepas solat tu aku ckp kat hubby aku, better bawak lah p jumpa Dr..takut melarat sebab Monday dah nak sekolah. Dr kata bukan gastric...food poisoning..nothing to worried about.

Friday nite tu kitaorg dah kat rumah..dia complaint lagi ckp sakit...so hubby aku bawak clinik biasa yg kita org pegi. Pun sama Dr kata nothing to worried about.

Saturday siang tu...dia macam biasajer...ok. Malamnya dalam pukul 11 lebih dia ckp sakit perut lagi, nak muntah ler semua ada lah...so clinic dah tutup. Bawak ler ker clinic 24 hours. Dr ckp benda yg sama gak...sakit perut disebabkan viral. Tak perlu risau

Sunday...pagi ok...petang ok...tido petang ok...waktu main ok...nak tido ada rasa sket2. Makan ubat. tido sbb besok nak mula persekolahan di tahun baru

Monday 4 Jan 2010

Bunyi jer jam loceng kul 6am...dia pun masuk bilik kitaorg ckp perut dia meragam...so kita org pun risau lah..tapi pegi gak sekolah. Waktu balik sekolah tu..hubby aku decide pegi jemput dia and adik kat sekolah. Sek agama adik jer pegi, dia hubby aku bawak p clinik. Jumpa Dr lagi. Dah 4 org Dr dah. Minta referal lettar nak bawak p SJMC. So p jumpa pediatrician. Sama jer Dr diagnosed as Food poisoning & viral. Nothing to worried ambik ubat balik

Tuesday, masa bangun tido nak p sekolah..dia jerit lagi sakit perut. Aduhai...hati dah mula gereeemmmmm tapi masih sabar. Dia pegi sek juga. Kebetulan pula anak aku yg kecik sekali pula demam. Bawak dia ke clinik kanak2. Masa dok tunggu turn tu sekolah call hubby aku ckp soh ambik dia (Aniq ler) sbb tak sihat. so hbis urusan pasal Aiman, pg ambik Aniq pula. Hantar dia balik rumah...suruh dia rehat tak payah gi sekolah agama ptgnya. Rehat betul2

Wednesday
Pagi tu dia complaint lagi...and kitaorg tak nak ambik risk..hubby aku nak bawak p SJMC lagi sekali, buat medical check up..dari urine test, blood test and scan. Jumpa specialist lagi. Hasilnya...nothing to worried memang ada infection sket. due tu virus... Habis check up dah tengah hari..aku kerja..hubby aku yang bawak dia. Masa kat SJMC tu dah ok dah..siap makan fish & chip lagi.

Petang tu masa aku balik kerja...dia tgh basuh basikal..main lari2 lagi. Ok lah masalah dah settle tu.

Malam tu pukul 8pm masa time nak baca buku...OMG..dia start balik...ohhhh masa ni aku punya darah dah naik ler..Hubby aku pun sama dia turun bawah malas nak layan....yg bestnya..bila sakit jer dia baring...and nak tido..masa tido ok lak tak sakit..tu yang pelik tu....masa ni la dia dapat ubat dia...ubat leteran....virus ni power tul..dia tau pulak time nak baca buku and nak p sekolah baru dia attack. Adusssss....tak baik gak..meraung2 panggil hubby aku. Ok hubby aku naik atas suruh dia siap nak bawak pi clinic...ambik injection. oooiiiittt...terus baik sket..sebab katanya tadi dia dah kena inject masa nak ambik darah kat SJMC. tapi husband aku kata tak kira pegi clinic gak...so pegilah. Masa balik clinic tu..aku tengok dia jalan terhencot2 masa masuk rumah. dia terus naik atas tido. Aku pun tanya husband aku apa Dr cakap. Hubby aku kata...macam 6 Dr lepas kata and dr pun pelik...the best part hubby aku kata inject kat bontot tapi kaki pula terhencot2. Husband aku siap pesan kat dia...besok kalau sakit, ckp awal sebab nak p inject awal sebab boleh baca buku.

Thursday...bangun pagi..kitaorg tak sentuh langsung bab sakit ni kat dia. Dia bangun bfast pegi sek. Sek agama sebelah petang pun pegi...malam pun ok.

So moral of the story,,,bukan tak kesian anak sakit...tapi anak aku ni...akal lebih sket..nak attention...sampai masanya kena bertindak lah...sebab dah masuk drama dalam skit dia. Finally...alhamdulillah semua sakit dan drama dah selesai...selepas 5 Dr and 2 specialist and almost RM 600 plus habis.

Tuesday, December 22, 2009

Langkawi trip

Tahun ni untuk cuti sekolah, aku and hubby plan pegi Langkawi. We did not let our kids know till 2-3 hari lagi nak pg baru dorang tahu. Itu pun sebab aku kena pack barang2. Syok bukan main ler. Esp this is the first trip dorang naik flight. Kalakar giler... We will be at Langkawi for 4 Days and 3 Nights.

18th December

9:30am - Hantar my maid to my sister's house, sebab kitaorang tak bawak dia. We booked the ticket before she came. Anyway she is still new with us...next year kalau performance dia elok then InsyaAllah we'll bring her along

10:00 am - Dah kena siap2 sebab cab datang pukul 11:30. Kena siap awal sebab ada si kecik tu.

11:30 am - Cab pun sampai. Baru 2 minit naik cab baru sedar warmer susu Aiman tertinggal, patah balik...sib baik masih kat kawasan perumahan aku.

12:30 - Sampai lah kami dia LCCT KL. Check In...pangjang gak Q dia...counter aku Q pulak punyalah lembab. We moved to the next counter...lagi cepat...

1:30 baru habis check in...our flight is at 2:30pm...so tak sempat lunch. Sempat beli Dunkin Donuts jer....

2.30...Flight delay...biasalah "Air Asia"....finally kul 3pm baru fly. Reach Langkawi airport dalam pukul 4pm. Sampai sana settle dgn Kasina Rent Car dalam pukul 4:45pm...Dalam pukul 5pm baru kita org meninggalkan Langkawi airport

Sampai di Sheraton Langkawi around 5:30pm...Check In...mandi, solat lepas tu keluar balik...nak makan....pas tu just jalan2 dlm kereta then balik hotel....tido


Day 2

Before sampai Langkawi, we all dah siapkan iteneray nak pegi mana. So pagi tu pukul 7:30 semua dah siap, turun pegi bfast. masa tgh nak bfast and sibuk2 nak ambil makana, aku dgr hubby tgh rancak talking to someone...malas aku nak kacau, sure kawan dia. Tetiba dia panggil aku, sekali aku toleh...lerrrr rupanya Chef Wan. Dia memang peramah...so kami se family sempatlah berposing dgn dia.

After bfast...review jap itinerary kami...so first tempat nak p adalah Cable Car...tak jauh from our hotel dlm 5.5 km jer. Berpandukan GPS yang kami bawak..so sampailah kami ke cable car dalm pukul 8:45pm. Dia buka pukul 9am...so aku pun pegi lah masuk nak Q dulu. Hubby and the kids pegi park kete. Mak aiiiihhh. Terkejut badak aku tgk...counter tak buka lagi...org dah bduyun2 beratu...apa nak buat...aku pun beraturlah. Beratur pula kena ada strategy, sorang beratur nak beli ticket, sorang lagi kena beratur nak naik. Beratur punya beratur with the strategy....pukul 9 pun dah lepas dkt sejam. Counter tak buka2 juga...tetiba ada announcement yg Cable Car punya operation delay sebab angin kuat, and ada possibility tak buka lansung hari ni.... Adussssssssss.....frust tertonggeng. So kitaorang pun decide untuk chow..mungkin petang nanti datang balik. Before tu jalan2 jap kat area tu.

Cable Car tak dapat naik. We went to Galeri Perdana....Dok dalam tu +- 1 hour...keluar, makan light lunch then pegi ke Makam Mahsuri. Sepatutnya before pegi Galeri Perdana we suppose to go to Book Village...tapi dia tgh renovate ler pulak...dok dalam makam mahsuri pun dalam satu jam lebih...keluar dah petang...perut pun lapar. Untuk late lunch kitaorg decide pegi makan kat are Pantai Chenang...tempat yg happening..sampai pening kat Langkawi. so we all pun dgn lapaunya belasah ler makan kat situ...Lepas makan..jalan sket2 kat situ pas tu balik hotel sebab malam ni nak keluar lagi pegi Kuah..nak p shopping.

So since sampai hotel awal lagi...hubby and anak2 aku decide nak p mandi kat swimming pool and beach except Aiman sebab dia tido...so aku pun tak leh ler pi. Dorang habis mandi around 6.30pm rehat jap...solat magrib+isyak (musafir) then kitaorg pun kuar ler..

Sampai kat Kuah...mata aku mula ler terbeliak dan hinggap dia satu kedai ni, nama dia Hj Ismail Group...memang kat Kuah tu dia bolot habis la. Masuk je, aku jadi sasau jap tengok pinggan mangkuk kesukaan aku, Vantage and Correlle. Mursah siut..separuh harga...aku pun dgn tanpa menoleh kebelakang lagi...nak ni nak tu ler. Lepas tu hubby aku tanya sales girl kat situ, nak tengok packing dia. Sekali dia tunjuk mak aiiiihhhh...setiap kotak tu punya ler besau. Memang ler tak leh hand carry dlm flight. sape nak angkat. Tapi aku kata, tak pe kita check in jer lah..soh Air Asia letak "Fragile". Hubby kata sms ex neighbour aku dulu..dia pernah dtg Langkawi - tanya dia selamat tak. aku pun sms..tak spai 5 min. neighbour aku pun sms, tapi jawapannya keciwa betul. sebab air asia x recommended barang sure pecah. waaaaaaaaaaaaa
dan muka aku pun macam cencorot ler. Last sekali beli choc. tanpa pinggan mangkuk. Sedih giler..balik tido.

Day 3

Selepas bfast, sekali lagi misi ke Cable car. beratur lagi sekali...tapi damn it....delay lagi due tu angin kuat...cehhhhhh. Tapi kali ni kitaorg decide nak tunggu gak while round2 kat dlm area tu. So kita org naik Segway. Unik about Segway ni dia ada 2 roda tapi boleh stand still. Habis naik Segway...tengok rabit ler...rusa ler...pegi beli baju ler...bla bla bla..tiba2 my girl kata nak gi toilet. Bawak ler aku g toilet. Masa aku dalam toilet tu..phone bunyi, hubby kata Counter Cable Car akan dibuka soon..cepat....so sepantas kita aku p sana. Hubby aku org yg paling depan. So aku pun Q kat tempat nak naik. Hubby aku book satu cable car tu RM 90/= sbb tak nak campur dgn org.."takut bau busuk ketiak". Finally kitaorg pun dpt naik Cable Car. Kecut gak perut aku...Tapi puas hati ler. Turun tu baru kitaorg lunch. Mission accomplished.

Lepas tu baru ler..kitaorg gi jalan2 lagi...Tapi malam ni pun ada mission lain. Nak p Kuah lagi sekali. Hubby kata cari set yg boleh hand carry. Mungkin nak pujuk aku ler tu...anyway malam tu aku dapat 2 set of tea set of Vantage...memang berbaloi. Dinner kat Pantai Cherating..and jalan2 dan shopping lagi.

Day 4

Hari ni tak pegi mana2 sebab dah nak balik. The kids nak mandi. So dorang pegi dgn hubby and aku tak sebab nak kemas bag2 sume. Dalam 11:00 dorang balik bilik..Guess what??? Handphone hubby aku turun sama swim dalam pool and kat beach. Selamat tinggal romeo ler jawapan dia.

Dipendek kan cerita...kitaorgn naik fligh balik KL kul tiga. Sampai rumah around kul 5pm. Vacation yg best lah..kira puas hati..except at the end ada gak ler disaster dia...handphone berenang

Thursday, November 26, 2009

Aduhaiiiiii

Alhamdulillah, setelah kurang lebih 5 hari hubby aku dah fully recover from dia punya demam. Tapi di sebalik kisah demam ini ada banyak perkara yang aku pelajari dan aku dapat lihat. Yang paling penting adalah SABAR. Memang sepanjang hubby aku demam ni, memang dia cerewet sangat. Kenapa aku kata dia cerewet

1) Ambik ubat tapi tak nak makan. Lepas tu complaint kata sakit. Macam mana tu?
2) Semua makanan yang dimasak tak sedap (mungkin tak selera)
3) Bilik yang wangi dia kata busuk

Aduhaiiiii.....tapi apa-apa pun dia dah baik dah. Alhamdulillah.

Perubahan

Pergolakan di dalam sesebuah syarikat adalah lumrah. Selalunya pergolakan berlaku apabila perubahan berlaku. Manusia selalunya susah atau lebih tepat lagi takut untuk melakukan perubahan kerana kita terlalu selesa dengan keadaan atau persekitaran yang ada. Bukan apa....aku tiba-tiba terpanggil untuk meluahkan apa yang berlaku atau apa yang aku perhatikan di persekitaran aku sekarang

Bagi aku, terus terang pada pendapat peribadi aku. Perubahan dalam sesuatu syarikat adalah sihat. Mesti dan pasti berlaku kerana mengikut masa dan keadaan. Tidak mahu ketinggalan, perubahan seharusnya dianggap perkara yang elok. Memang benar, ada yang akan rasa tidak puas hati. Tapi, kita seharusnya berfikir secara logik dan jangan emotional dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Seharusnya kita perlu berfikir, kerja adalah ibadah, jadi...kita harus redha jika perubahan atau pembaharuan itu membawa kebaikan.

Kebanyakan golongan yang akan memberontak adalah golongan muda dan golongan yang mereka rasakan mereka adalah golongan awal/senior/pioneer. Golongan muda kerana mereka adalah golongan yang cepat melatah dan golongan awal/senior/pioneer adalah golongan yang tak mahu keluar dari comfort zone mereka. Kadang2 mereka boleh juga dikategorikan dalam orang yang anggkuh. Dan golongan awal ini kadang2 adalah golongan yang suka meracun minda golongan muda.

Apa-apa pun kita harus berfikir secara rasional. Mesti ada sebab mengapa dan kenapa perlu ada perubahan. Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukan dengan ikhlas. InsyaAllah, kita akan diberkati

Wednesday, November 18, 2009

Hello...I'm back

Lamanya aku tak update blog aku. Aku rasa lebih 6 bulan ler. Tetiba hari ni, waktu lunch ni terpanggil pula aku nak update blog aku ni.

Update terbaru dari aku

* Alhamdulillah, aku telah pun di naikkan pangkat (boleh dikatakan begitulah) from Account Manager to Service Delivery Manager. New task and more responsibilty. InsyaAllah aku akan buat sebaik mungkin.

* Aiman, anak aku yg kecik skali dah pun boleh berjalan, berlari, dan pandai berkata-kata (walaupun just a few words) yg lain tu ckp German

* Maid aku yg dari Indon yg telah bersama2 kami selama 3 tahun telah pun balik ke Indon for good, dan aku dah dapat maid baru. Kali ni ambik dari Kemboja pula. Alhamdulillah dia dah 3 weeks kat sini. So far so good

Banyak perkara yg aku telah lalui, pelajari semasa aku tak update blog aku ni. Nanti lah, mungkin aku akan share sikit sikit apa yang aku rasa among yang terpenting lah.

Chow!!!

Friday, April 10, 2009

Cerita Di Satu Petang

Semalam masa jalan-jalan with my hubby nak pi pasar malam.

Hubby: I ada kawan, dia nak pi Siam (Bangkok). Tapi dia drive pi sana. Keta dia yang dia nak drive tu ada banyak problem, pas tu pulak dia kena balik sini dalam masa 3 hari sebab family member dia nak pakai keta tu. Dia pernah cakap kita dia ni pernah rosak tengah jalap. On top of that dia kena pi dengan sorang mamat ni yang dia tak suka

Me: Dengar dengan kusyuknya

Hubby: Pas tu dia ada option yang ada orang lain offer dia pick up truck. Yg bestnya orang tu kata kalu dia guna pick up truck tu guna lah lama-lama maknanya dia tak payah rush balik dalam masa 3 hari. And ada orang nak drive lagi, so that dia tak payah pegi dengan mamat yang dia suka tu.

Me: Still listening

Hubby: Tapi kawan I ni ada concern sket. Dia rasa comfortable dengan kereta dia tu. Sebab kalau dia drive pick up tu dia tak selesa sebab dia tak pernah drive before. Tapi sebelum ni dia pernahlah drive keta lain, macam Satria, Hyundai and even Naza Ria. Kalau you, you drive kete mana?

Me: Emmmmm kalau I, mestilah pick up truck tu. sebab more reliable (tapi dalam hati bercakap tapi mungkin juga keta dia sendiri sebab dia lagi selesa, sebab keta orang lain kena lebih berhati-hati). Sape dia ni? Staff you ker?

Hubby: Tak, staff orang lain. Tulah you rasa memang kena bawak pick up truck ker?

Me: Ye lah. Nape tak cakap kat dia, benda camni pun tak leh buat decision ker macam bini aku tak leh wat decision.

Hubby: Tersenyum....(seribu makna)

Me: Kenapa

Hubby: Semua cerita tu tak wujud, cerita tu sume reflect you at this point of time. So decide wisely.

Me: Ketawa (sebab kena batang hidung sendiri). Tapi dalam ketawa tu...berfikir dengan dalamnya.