BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

Aduhaiiiiii

Alhamdulillah, setelah kurang lebih 5 hari hubby aku dah fully recover from dia punya demam. Tapi di sebalik kisah demam ini ada banyak perkara yang aku pelajari dan aku dapat lihat. Yang paling penting adalah SABAR. Memang sepanjang hubby aku demam ni, memang dia cerewet sangat. Kenapa aku kata dia cerewet

1) Ambik ubat tapi tak nak makan. Lepas tu complaint kata sakit. Macam mana tu?
2) Semua makanan yang dimasak tak sedap (mungkin tak selera)
3) Bilik yang wangi dia kata busuk

Aduhaiiiii.....tapi apa-apa pun dia dah baik dah. Alhamdulillah.

Perubahan

Pergolakan di dalam sesebuah syarikat adalah lumrah. Selalunya pergolakan berlaku apabila perubahan berlaku. Manusia selalunya susah atau lebih tepat lagi takut untuk melakukan perubahan kerana kita terlalu selesa dengan keadaan atau persekitaran yang ada. Bukan apa....aku tiba-tiba terpanggil untuk meluahkan apa yang berlaku atau apa yang aku perhatikan di persekitaran aku sekarang

Bagi aku, terus terang pada pendapat peribadi aku. Perubahan dalam sesuatu syarikat adalah sihat. Mesti dan pasti berlaku kerana mengikut masa dan keadaan. Tidak mahu ketinggalan, perubahan seharusnya dianggap perkara yang elok. Memang benar, ada yang akan rasa tidak puas hati. Tapi, kita seharusnya berfikir secara logik dan jangan emotional dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Seharusnya kita perlu berfikir, kerja adalah ibadah, jadi...kita harus redha jika perubahan atau pembaharuan itu membawa kebaikan.

Kebanyakan golongan yang akan memberontak adalah golongan muda dan golongan yang mereka rasakan mereka adalah golongan awal/senior/pioneer. Golongan muda kerana mereka adalah golongan yang cepat melatah dan golongan awal/senior/pioneer adalah golongan yang tak mahu keluar dari comfort zone mereka. Kadang2 mereka boleh juga dikategorikan dalam orang yang anggkuh. Dan golongan awal ini kadang2 adalah golongan yang suka meracun minda golongan muda.

Apa-apa pun kita harus berfikir secara rasional. Mesti ada sebab mengapa dan kenapa perlu ada perubahan. Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukan dengan ikhlas. InsyaAllah, kita akan diberkati

Wednesday, November 18, 2009

Hello...I'm back

Lamanya aku tak update blog aku. Aku rasa lebih 6 bulan ler. Tetiba hari ni, waktu lunch ni terpanggil pula aku nak update blog aku ni.

Update terbaru dari aku

* Alhamdulillah, aku telah pun di naikkan pangkat (boleh dikatakan begitulah) from Account Manager to Service Delivery Manager. New task and more responsibilty. InsyaAllah aku akan buat sebaik mungkin.

* Aiman, anak aku yg kecik skali dah pun boleh berjalan, berlari, dan pandai berkata-kata (walaupun just a few words) yg lain tu ckp German

* Maid aku yg dari Indon yg telah bersama2 kami selama 3 tahun telah pun balik ke Indon for good, dan aku dah dapat maid baru. Kali ni ambik dari Kemboja pula. Alhamdulillah dia dah 3 weeks kat sini. So far so good

Banyak perkara yg aku telah lalui, pelajari semasa aku tak update blog aku ni. Nanti lah, mungkin aku akan share sikit sikit apa yang aku rasa among yang terpenting lah.

Chow!!!