BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

Perubahan

Pergolakan di dalam sesebuah syarikat adalah lumrah. Selalunya pergolakan berlaku apabila perubahan berlaku. Manusia selalunya susah atau lebih tepat lagi takut untuk melakukan perubahan kerana kita terlalu selesa dengan keadaan atau persekitaran yang ada. Bukan apa....aku tiba-tiba terpanggil untuk meluahkan apa yang berlaku atau apa yang aku perhatikan di persekitaran aku sekarang

Bagi aku, terus terang pada pendapat peribadi aku. Perubahan dalam sesuatu syarikat adalah sihat. Mesti dan pasti berlaku kerana mengikut masa dan keadaan. Tidak mahu ketinggalan, perubahan seharusnya dianggap perkara yang elok. Memang benar, ada yang akan rasa tidak puas hati. Tapi, kita seharusnya berfikir secara logik dan jangan emotional dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Seharusnya kita perlu berfikir, kerja adalah ibadah, jadi...kita harus redha jika perubahan atau pembaharuan itu membawa kebaikan.

Kebanyakan golongan yang akan memberontak adalah golongan muda dan golongan yang mereka rasakan mereka adalah golongan awal/senior/pioneer. Golongan muda kerana mereka adalah golongan yang cepat melatah dan golongan awal/senior/pioneer adalah golongan yang tak mahu keluar dari comfort zone mereka. Kadang2 mereka boleh juga dikategorikan dalam orang yang anggkuh. Dan golongan awal ini kadang2 adalah golongan yang suka meracun minda golongan muda.

Apa-apa pun kita harus berfikir secara rasional. Mesti ada sebab mengapa dan kenapa perlu ada perubahan. Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukan dengan ikhlas. InsyaAllah, kita akan diberkati

0 comments: