BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

Bayar ler hutang aku...

Adussss...bengkek betul aku kalau org berhutang tak bayar ni. Dalam kes aku ni...2 org yg tak bayar hutang...satu hutang kutu satu lagi hutang cupcake (farah kalu farah baca ni bukan ditujukan kat Ivy tau)

Yg satu tu dah jadi x staff, tapi dia masi turn aku dapat kutu portion aku dia kata dia nak bank in...sampai skrg harammmm dah sebulan dah. sms tak reply pun. Satu lagi case tempah cupcake dari Nov tak bayar...aku pula bukan jenis nak chase org tapi bila terpaksa kena ler...sampai aku terpaksa email dia ckp sorry nak minta dia bayar duit aku...aku lak yg ckp sorry. Janji bila gaji dapat and claim dapat. Ni dah dua kali claim and gaji dah...habuk pun aku tak nampak adusssss...memang bukan banyak...tapi kalau dah 2-3 org dok hutang banyak gak la...yg peliknya tengok muka aku 2-3 sehari..pun masih tak bayar...memang aku dah tenstion ler...jgn ler ambik kesempatan di atas kebaikan org. Mudah-mudahan dibukanlah hati dia untuk bayar hutang aku

Sakit + Drama ???????

Baca titile ni betul2..mesti anda sume tertanya2 ape cer?. Ni cerita pasal anak aku yang sulung si Irfan Aniq. Anak..anak...boleh sewel aku dah hubby dibuatnya. Dia ni memang ada history of having gastric. On 31st Dec 2009. Dia memang cakap perut dia meragam..so hubby aku pun kasi ler ubat gastric yg dia biasa makan tu. Kebetulan hari ni memang aku nak bawak dia dan adik dia pegi sekolah (both sek keb and agama) sebab nak beli buku. So habis urusan di sek keb around 10am. Aku decide bawak dorang ke office dulu sbb aku memang banyak kerja. Sampai kat off, aku letak dorang dalam disc room kat belakang....masa kat office ok jer...huhahua...siap main aper tu ala bola sepak yg meja tu. Sampai petang masih ok...malam nya dia siap belasah maggie mee lagi.

Besok tu new year...kitaorg decide balik Kelang. Masa kat Kelang dia ok jer..main dgn cousin dia walaupun pagi tu dia ambik ubat. Tapi lepas solat tu aku ckp kat hubby aku, better bawak lah p jumpa Dr..takut melarat sebab Monday dah nak sekolah. Dr kata bukan gastric...food poisoning..nothing to worried about.

Friday nite tu kitaorg dah kat rumah..dia complaint lagi ckp sakit...so hubby aku bawak clinik biasa yg kita org pegi. Pun sama Dr kata nothing to worried about.

Saturday siang tu...dia macam biasajer...ok. Malamnya dalam pukul 11 lebih dia ckp sakit perut lagi, nak muntah ler semua ada lah...so clinic dah tutup. Bawak ler ker clinic 24 hours. Dr ckp benda yg sama gak...sakit perut disebabkan viral. Tak perlu risau

Sunday...pagi ok...petang ok...tido petang ok...waktu main ok...nak tido ada rasa sket2. Makan ubat. tido sbb besok nak mula persekolahan di tahun baru

Monday 4 Jan 2010

Bunyi jer jam loceng kul 6am...dia pun masuk bilik kitaorg ckp perut dia meragam...so kita org pun risau lah..tapi pegi gak sekolah. Waktu balik sekolah tu..hubby aku decide pegi jemput dia and adik kat sekolah. Sek agama adik jer pegi, dia hubby aku bawak p clinik. Jumpa Dr lagi. Dah 4 org Dr dah. Minta referal lettar nak bawak p SJMC. So p jumpa pediatrician. Sama jer Dr diagnosed as Food poisoning & viral. Nothing to worried ambik ubat balik

Tuesday, masa bangun tido nak p sekolah..dia jerit lagi sakit perut. Aduhai...hati dah mula gereeemmmmm tapi masih sabar. Dia pegi sek juga. Kebetulan pula anak aku yg kecik sekali pula demam. Bawak dia ke clinik kanak2. Masa dok tunggu turn tu sekolah call hubby aku ckp soh ambik dia (Aniq ler) sbb tak sihat. so hbis urusan pasal Aiman, pg ambik Aniq pula. Hantar dia balik rumah...suruh dia rehat tak payah gi sekolah agama ptgnya. Rehat betul2

Wednesday
Pagi tu dia complaint lagi...and kitaorg tak nak ambik risk..hubby aku nak bawak p SJMC lagi sekali, buat medical check up..dari urine test, blood test and scan. Jumpa specialist lagi. Hasilnya...nothing to worried memang ada infection sket. due tu virus... Habis check up dah tengah hari..aku kerja..hubby aku yang bawak dia. Masa kat SJMC tu dah ok dah..siap makan fish & chip lagi.

Petang tu masa aku balik kerja...dia tgh basuh basikal..main lari2 lagi. Ok lah masalah dah settle tu.

Malam tu pukul 8pm masa time nak baca buku...OMG..dia start balik...ohhhh masa ni aku punya darah dah naik ler..Hubby aku pun sama dia turun bawah malas nak layan....yg bestnya..bila sakit jer dia baring...and nak tido..masa tido ok lak tak sakit..tu yang pelik tu....masa ni la dia dapat ubat dia...ubat leteran....virus ni power tul..dia tau pulak time nak baca buku and nak p sekolah baru dia attack. Adusssss....tak baik gak..meraung2 panggil hubby aku. Ok hubby aku naik atas suruh dia siap nak bawak pi clinic...ambik injection. oooiiiittt...terus baik sket..sebab katanya tadi dia dah kena inject masa nak ambik darah kat SJMC. tapi husband aku kata tak kira pegi clinic gak...so pegilah. Masa balik clinic tu..aku tengok dia jalan terhencot2 masa masuk rumah. dia terus naik atas tido. Aku pun tanya husband aku apa Dr cakap. Hubby aku kata...macam 6 Dr lepas kata and dr pun pelik...the best part hubby aku kata inject kat bontot tapi kaki pula terhencot2. Husband aku siap pesan kat dia...besok kalau sakit, ckp awal sebab nak p inject awal sebab boleh baca buku.

Thursday...bangun pagi..kitaorg tak sentuh langsung bab sakit ni kat dia. Dia bangun bfast pegi sek. Sek agama sebelah petang pun pegi...malam pun ok.

So moral of the story,,,bukan tak kesian anak sakit...tapi anak aku ni...akal lebih sket..nak attention...sampai masanya kena bertindak lah...sebab dah masuk drama dalam skit dia. Finally...alhamdulillah semua sakit dan drama dah selesai...selepas 5 Dr and 2 specialist and almost RM 600 plus habis.