BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

Cabaran

Dah lama aku tak update blog nie..bukan apa. Life is quite busy lately. Kerja banyak and quite challenging. Semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi walaupun kadangkala dah rasa macam nak meletup. Bila kerja banyak kadangkala kita memerlukan sokongan dari family especially orang yang paling rapat dengan kita. Tapi bila ini tak terjadi, akan timbul perasaan frust di hati. Itu juga adalah sebahagian dari process pembelajaran.

Tak senang untuk memuaskan hati semua pihak. Kadangkala orang tak tahu, di sebalik suka ada duka. Di sebalik tawa ada tangis.

Kadangkala aku rasakan kekerasan perlu ada di dalam menjalankan tugas harian, kerana bila kita ambil memberikan kebebasan, they tense to take thing for granted.

Mungkin tiba masanya I have to be strict. Cara bekerja perlu diubah mengikut masa ke semasa bersesuaian dengan tindakan yang perlu diambil.

Ini pengajaran semua. Suka atau tidak terpulang pada penilaian masing-masing. Objective aku simple...untuk melihat semua berjaya, kurang complaint dan tidur lena.

Saturday, May 15, 2010

Faham ke tak faham

Cuba memahami dan dirku pula perlu difahami. Faham ke tak faham. Emmm camni..lately ada la a few crisis happen antara aku dan hubby. Sometime aku rasa macam aku faham dan dia faham cara aku/mahupun cara dia. Tapi kadangkala tidak...????

Peningkan...

Aku balik lewat atas urusan kerja...dia dah start membebel...kalau membebel sekejap tak ape...tapi membebel sehingga menjurus ke peringkat pergaduhan. Apa yang aku minta hanyalah pengertian. Dia juga di line yang sama, pernah menghadapi situasi yang sama dalam menjalankan tugasan harian. Jadi...ya jadi...emmmmmmm sabar Lela...sabar...

Bila turn dia balik malam....aku akan setia menunggu tanpa banyak celoteh..malah disambut dengan senyuman. Emmmmm adakah ini adil...mungkin hakikatnya isterilah perlu banyak bersabar...ya bersabar..samapi bila ek??? sampai bila-bila...

Pening kepala bila compaint dari customer datang bertalu-talu...balik kena menghadapi situation yang kurang menyenangkan dirumah...di office complaint di terima lagi mengenai staff di bawah kita. Dateline yang perlu dijaga...Rasa macam nak bersara pun ada....adussss..tapi masalah ada dimana2 dan cara kita mengatasi sesuatu masalah adalah penting.