BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

Earth Hour

Saturday night tu (28.3) kita orang dah agree untuk participate dalam "Earth Hour" campaign. Pagi tu selepas kitaorang gi breakfast kat D'Serambi, kitaorg pegi IOI Mall yg baru...ok lah..tapi banyak kedai belum buka lagi....jalan2 sampai kul 1:30pm baru kitaorg balik. Masa balik tu singgah beli air kelapa...Hubby aku beli 8 biji air kelapa muda...Fuhhh...ni namanya mentekedarah.

Balik pekena air kelapa....Sedapppppppnya. Lunch, rehat titow. Bgn titow...bibik dah sedia makan petang...goreng ubi cicah honey...fuh.!!!. Hantar Aniq and Adriana gi Taekwando. Lepas ambik dorang dari taekwando..kitaorg ramai-ramai gi beli candle. Nak prepare malam ni punya Earth Hour campaign.

Tepat 8:30pm..kitaorg pun padam sume lampu. Pasang candle. Hubby aku siap ambik radio antik dia nak dengar muzik...Alah radio yg kena pusing2 tu..Letak piring hitam..dengar lagu lama2. Punya ler kuat bunyi dia. Kat tempat aku ok lah sambutan dia. Ramai gak neighbour aku yg participate. Yg bestnya kita org kumpul ramai2. Yg budak2 main...Eventhough tak dak lampu but it was really fun.



Tengok movie sambik dok tunggu air kelapa



Aniq dengan radio antik Papa..



Family Photo and with my neighbour's son, Firas




Thursday, March 26, 2009

Pasal Diri Aku

Aku tak tau la berapa orang yang dok baca blog aku ni. Tah-tah aku sorang jer yang dok baca..Ahhhh peduli apa aku. Kalau yang rajin dok baca blog aku ni thanks lah...Ni ha ada sedikit sebanyak pasal aku...

  • Aku dilahirkan pada 21.4.1975 di Kampung Permatang Keramat, Yan, Kedah
  • Anak bongsu dalam 7 adik beradik. Ada 4 orang kakak dan 2 orang abang
  • Aku adalah anak manja pada ayah aku
  • Aku kehilangan ayah aku pada usia 16 tahun
  • Aku ni orang dia lembut (tapi kalu tak kena gaya aku boleh jadi kasar gak). Kelememeh pun ada, kuat merajuk and menangis
  • Aku juga "good listener"
  • Aku suka mengemas dari memasak.
  • Aku memang suga bergaya/melaram. Aku suka nampak cantik .
  • Suka shopping. Tapi sekarang ni bila shopping pun mesti kena tau justify kat hubby, tapi kadang2 tu aku belasah jer...balik kena marah..tapi tak pa benda dah beli....akakakakaka
  • Suka kumpul handbag and kasut
  • Kahwin pada usia 22 tahun and hubby pada masa tu 28 tahun
  • Dapat anak pertama pada usia 23 tahun
  • Aku tak suka tengok TV...dalam rumah aku, aku lah yg paling kurang tengok TV. Tak buka TV satu hari pun tak pa.
  • Aku adalah peminat F1...Ferrari Team

So itu je lah kot for now.....

Majlis Persandingan

Ahad 15th March 2009 kami bertolak dan seterusnya check out dari Gemas Golf and Country Club dari pukul 1:45pm. Dengan membawa 9 dulang hantaran kami pun bertolaklah ke Palong 2 untuk majlis persandingan Amin & Eja. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Selepas selesai sanding dan upacara menepung tawar and perut pun dah kenyang aku sekeluarga terpaksa mengundur diri terlebih dahulu kerana ingin melawat M.Teh sebelah hubby aku yang baru saja kehilangan suaminya bulan lepas. Since jarak Palong 2 ke tempat M.Teh pun tak lah berapa jauh tak manis pula kalau tak singgah. Aku sampai Serting hampir pukul 5:30pm. Selesai solat Asar dalam pukul 6:30pm aku sekeluarga meninggalkan serting dan hubby cadangkan kalau sampai Subang awal bolehlah jenguk mak dan keluarga K.Na yang bermalam di rumah K.Ta sebelum keesokan harinya mereka perlu bertolak balik ke Kedah. Pukul 9:30pm aku sampai di rumah K.Ta. Sempat menonton perlawanan badminton antara Lee Chong Wei and Lin Dan & keputusan memihak kepada Lee Chong Wei. Semua pun dah penat aku bertolak dari rumah K.Ta dalam 10:30pm and sampai rumah aku di Putra Heights dalam pukul 11:00pm. Perjalanan yang memenatkan tapi alhamdulillah kami semua selamat sampai ke tempat yang dituju.








Kat rumah Mak Teh


Rumah K.Ta

Hantaran and Gossip Time

Nak sambung lagi cita ni.....Dalam lebih kurang kul 6pm++ kot kitaorg sampai ke tempat kitaorg stay (Gemas Golf and Country Club). Lepas sume org dah rehat, mandi so geng-geng pompuan sume gi lepak kat bilik Amin (bilik 214) untuk nak buat and touch up hantaran. Geng-geng lelaki dok kat depan. So apa lagi macam-macam kisah ler kuar. Gamat bilik dibuatnya. Maklumlah sekali sekala jumpa. Memang gamat. Aku pulak diberi tugasan buat sirih junjung. Ok lah..belasah jerlah. Yg lain tu..dok cucuk bunga telor. Lebih kurang kul 11 malam kot baru lah kitaorg sume balik bilik masing-masing. Besok majlis persandingan Amin.






Ni lah hasil gubahan "Sireh Junjung" aku.



Ini gubahan aku untuk telekung



dan ini towel yang juga digubah oleh aku.

Monday, March 23, 2009

Jeng! Jeng! Jeng! Akad Nikah

Pukul 4pm sume orang dah siap untuk pegi ke majlis akad nikah. Perjalanan dari tempat kami tinggal ke tempat pengantin pompuan ambil masa lebih kurang setengah jam camtu. Upacara akad nikah dijadualkan berlangsung di Masjid Palong 2 selepas asar. Dengan 2 kali lafaz so Amin sekarng sudah sah bergelar suami kepada Ija. Alhamdulillah sume sudah selamat.

Fakta-fakta menarik di sepanjang majlis akad nikah

  • Jurumekap Amin untuk majlis akad nikah adalah M.Su nya
  • Sebanyak 5 MPV, 1 FWD, 5 Kereta mengiringi pihak pengantin lelaki (ciwi sebab first anak sedara kahwin)
  • Sebanyak 12 bilik di tempah di Gemas Golf and Country Club (70% dari total bilik disitu)
  • Pengantin perempuan jatuh terjelepuk setelah bangun kerana kaki kebas (semut-semut)
  • Kereta Abg Zaba terlangar tembok batu-bata semasa keluar dari masjid setelah selesai upacara akad nikah (sib baik tak teruk sgt calar)
  • Pengantin dapat satu set jam tangan hadiah dari P.Lang. Pengantin lelaki terus pakai sebelum upacara akad nikah
  • First time hubby aku tengok cerita hindu petang tu sebelum berangkat ke majlis akad nikah. Sebelum ni dia punyalah tak camtu....










Convoy Ke Gemas

Pada hari Sabtu lepas 14 Feb 2009, kira-kira jam 9:00am aku sekeluarga bertolak ke Gemas semperna akad nikah anak sedara aku, Amin. Amin ni anak kakak aku. Kakak aku ni kakak yg number 2 dalam keluarga aku. Kira ni first anak sedara yang kawin la. So boleh dikatakan semua suku sakat aku pegi ke Gemas. Kakak aku dgn family dia dari semalam (Jumaat) dah sampai KL. Dorang sume tido rumah Abang aku kat Kota Damansara. Mak aku pun ikut sekali. Pagi ni kitaorang sume akan jumpa kat Seremban RnR (meeting point). Sepatutnya kitaorg (aku, Abang Jit aku, K.Ani, K.Ta and group dari Kedah) akan convoy. Tapi biasalah...kakak2 aku yg kat KL ni (K.Ani and K.Ta) bila aku sms pukul 8:30am ada yg baru bangun ada yg dok kemas rumah. Aku yang ada anak kecik aku pun boleh siap on time. Perghhhhhh. So last2 aku dengan Abang Jit and Kakak Aku dari Kedah yg jadi convoy.

So dalam pukul 9:30am camtu aku sekeluarga pun sampailah kat RnR S'ban. Abang Jit aku n wife dia, Kakak aku yg dr kedah sefamily termasuklah bakal pengantin and mak aku tgh bfast. Lepas bfast cadangnya leh pegi dah, tapi Abang Jit aku kata tunggu jap, untie aku (M.Cik Nah) dgn cousin aku (K.Ena) sekeluarga dah nak sampai, so nak convoy sekali. Dalam kul 10am camtu kami pun barulah bertolak dari RnR ke Gemas. 2 MPV, 4 kereta.

Di Gemas, kakak aku yg dari kedah tu (K.Na) dah book bilik di Gemas Golf and Country Club. Dalam 10 bilik semuanya. Tu tak termasuk bilik yang K.Ena (cousin) aku book lagi untuk family dia. Dipendekkan cerita, setalah sesat kami pun sampai di Gemas dlm pukul 12:30pm. Terus check in. Pastu dalam pukul 1pm kakak-kakak aku (K.Ani and K.Ta sefamily) baru sampai. Cousin2 aku, Rafaiq and family + Abg Rani pun sampai lebih kurang waktu yang sama la. Masuk bilik, rehatkan badan.

Dalam kul 1.30pm camtu K.Ta aku call, ajak lunch. Memang lapar pun. So aku, hubby aku + K.Ta and hubby dia and abang ipar aku + anak2 dia gi la lunch kat pekan gemas. Yang lain dok dlm bilik pesan untuk tapaukan jer. By pukul 4pm kitaorang dah nak kena siap2 untuk ke upacara akad nikah Amin

Sunday, March 8, 2009

Lega...Hantaran Amin dah siap

Fuh! Lega, gubahan hantaran untuk anak sedara aku (Amin) dah siap. 3 hantaran aku kena buat. Towel, Sejadah & Telekung & Sirih junjung. Sirih junjung nanti buat masa kat Gemas, sebab kalu buat sekarang layu ler pulak. Nanti aku letak gambar dia sebab kalu letak sekarang hilang ler seri dia. Minggu depan anak sedara aku (Amin) kawin kat Gemas. Tak sabar aku, bukan apa, jumpa sedara mara. Kitaorg convoi ramai2 gi sana.

Thursday, March 5, 2009

Nana, Nana...my only daughter

Nana: Mama, Mama. Malam tadi Nana "nimpi" (no typo error here) hantu.
Mama: Nimpi hantu!. Hantu apa
Nana: Hantu gemuk dan hantu kurus
Papa: Hantu tu buat apa?
Nana: Hantu tu tengah sembahyang
Papa: Hantu tengah sembahyang...(ketawa)
Nana: A..ah, hantu tengah sembahyang, betul
Papa: Hemmmm, hantu gemuk tu mesti perempuan (sambil senyum senyum sinis dan mempunyai maksud yg lain)
Mama: (Tersengeh dok tahan nak tergelak)
Nana: Betul, hantu gemuk tu perempuan
Papa: Pastu, hantu kurus tu lelaki (sambil tersengeh juga....ada maksud yg mendalam juga)
Nana: Haa, betul tu. Muka dia "lipis" (bukan typo error juga)
Papa: Hantu kurus tu dia sembahyang depan hantu gemuk......
Mama: (Tak dapat tahan ketawa dah, ketawa terbahak-bahak )


Fakta:-
* Anak aku yang sulung Lelaki - kurus
* Anak aku No. 2 perempuan - comel (tembam)
* Dorang dua-dua orang selalu sembahyang sama-sama
* So bila sembahyang abang selalu imamkan adik.

So fikir-fikirlah jawapan untuk dialog di atas

Bohsannnnn


Bohsan tahap dewa!!!!!

Dok tunggu interview tak dapat-dapat lagi kalau dah pi interview pun dok tunggu 2nd interview, kalau dah pi 2nd interview, x ada jawapan lagi kerja sekarang dah x menarik gaji pun lewat, ingat aku ni naik kete letak air ker, so...Lu fikir ler sendiri.

I am really looking for a job. Sr Account Manager/ Account Manager - Business Intelligence. Kalu ada sesapa yang tau kat mana2 nak pakai orang cam aku ni...kasi la tau..hantar comment kat aku.

Wednesday, March 4, 2009

Happy Birthday Honey

4th March...Hari ni genaplah 40 tahun usia hubby aku. Happy Birthday, Honey. Moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah. Tahun ni aku kasi hadiah watch kat hubby aku. Jam auto "Arbutus". Yang kelakarnya, hadiah ni aku dah kasi 2 weeks awal. Aku pula yang excited, tak sabar nak simpan hadiah tu. Petang ni, aku beli cake. Macam biasalah kitaorg selalu celebrate 1 hari awal. Yang bestnya anak anak aku buat suprise kat papa dia. Dia orang buat atur barang dalam rumah aku jadikan tulisan besar-besar Happy Birtday. Creative juga anak2 aku ni.








Al kisah anak sulung aku

Ni nak cerita kisah anak lelaki sulung aku. Last 2 weeks dia balik kasi tahu kitaorang yang dia dapat wakil sekolah untuk 200 meter. Terkezut gak aku, kuat juga anak aku ni lari. So mulai dari hari tu tiap-tiap petang dia ada latihan kat sekolah. Satu hari tu dia balik cakap yang kat sekolah dia ada cikgu sediakan kasut "spike" alah..kasut yang tajam kat bawah tu...tapi dia sedih sebab tak ada size dia. Kesian la anak aku..memang kaki dia kecik.

So week end tu aku pun pegi lah dgn dia and aku punya daughter untuk cari kasut dia. Hubby aku tak dapat pegi, ada kerja, so kitaorang bertiga jelah yg pegi. So aku pun pegi lah kat Sham Alam. Ni part yang best...cari punya cari dapat lah kasut kesukaan dia. So lepas tu dia nak seluar yg tied untuk lari, so aku pun pi lah cari. Dapat lah seluar tied tu. Dah 2 barang dah dapat. Pas tu dia ajak aku, kata dia, just nak tengok jer...kedai yang ada banyak barang2 Chelsea sebab dia memang minat Chelsea. Aku pun ikut lah..nak tengok jer. Dah sampai kedai tu, dia cakap, emmm dia tak dak bag nak letak kasut pula. So ok lah, aku fikir punya fikir ok lah, nak letak kasut tajam tu biarlah ada proper bag..takut, bahaya!. Pas tu dia cakap, kalau dah bag biru, kalau dapat cap Chelsea lagi cantik...dia pun pujuk lah aku. Hai last last dapat lah topi. Lepas tu aku dah cakap ok enough. Ni tak leh jadi, dari satu barang sampai 4 barang dia dapat....Hai pandai betul dia pekena aku. Kureng asam betul.