BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 26, 2009

Majlis Persandingan

Ahad 15th March 2009 kami bertolak dan seterusnya check out dari Gemas Golf and Country Club dari pukul 1:45pm. Dengan membawa 9 dulang hantaran kami pun bertolaklah ke Palong 2 untuk majlis persandingan Amin & Eja. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Selepas selesai sanding dan upacara menepung tawar and perut pun dah kenyang aku sekeluarga terpaksa mengundur diri terlebih dahulu kerana ingin melawat M.Teh sebelah hubby aku yang baru saja kehilangan suaminya bulan lepas. Since jarak Palong 2 ke tempat M.Teh pun tak lah berapa jauh tak manis pula kalau tak singgah. Aku sampai Serting hampir pukul 5:30pm. Selesai solat Asar dalam pukul 6:30pm aku sekeluarga meninggalkan serting dan hubby cadangkan kalau sampai Subang awal bolehlah jenguk mak dan keluarga K.Na yang bermalam di rumah K.Ta sebelum keesokan harinya mereka perlu bertolak balik ke Kedah. Pukul 9:30pm aku sampai di rumah K.Ta. Sempat menonton perlawanan badminton antara Lee Chong Wei and Lin Dan & keputusan memihak kepada Lee Chong Wei. Semua pun dah penat aku bertolak dari rumah K.Ta dalam 10:30pm and sampai rumah aku di Putra Heights dalam pukul 11:00pm. Perjalanan yang memenatkan tapi alhamdulillah kami semua selamat sampai ke tempat yang dituju.








Kat rumah Mak Teh


Rumah K.Ta

0 comments: