BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Gotcha!!!!!!......

Pagi tadi sedang aku membelek-belek aku punya internal system (iBus), tiba-tiba mata aku jadi tertarik untuk melihat absent list. Alhamdulillah, semua staff aku dah buat movement, maksudnya mereka benar-benar ingin membuat perubahan. Dan tak ada yang lewat. Aku pun sudah nekad, aku juga harus berubah, kerana bulan ini saja dah 10 kali datang lewat walaupun hanya lewat tidak melebihi 10 minute...tapi the fact is dia tetap lewat.

Tangan terasa gatal untuk scroll down lebih lanjut...mataku terlopong seketika, ada sesuatu yang benar-benar menarik perhatianku dan membuat aku tertanya-tanya. Rasa pelik pun ada. Ada 4 orang staff aku yang clock in masanya memang awal, tetapi sehingga pukul 10 masih tidak sampai dioffice. Dan mereka ini adalah golongan staff yang senior dan 2 daripadanya adalah team leaders. Doaku biarlah mereka tidak buat apa yang aku sangkakan iaitu menyuruh staff lain clock in on behalf of them. Kerana perbuatan itu memang SALAH!!!! Faham memang SALAH!!!

Secara kebetulah hari ni aku ada appointment diluar dgn of my team leader. Masa dalam kereta tu, aku mengambil kesempatan bertanya adakah apa yang aku lihat itu betul. Dan jawapannya adalah betul. Memang aku frust. Memang dia punya alasan tersendiri, tapi bagiku apa yg penting kita harus bersikap jujur. Kalau lewat terimalah hakikat yang kita lewat. Begitulah yg terjadi pada aku, kalau dah lewat aku harus terima aku salah, aku lewat.

Lepas balik dari appoinment aku panggil ke empat-empat mereka. Aku tanya sorang-sorang. Semua cakap jujur meraka semua sampai selepas pukul sembilan di office tapi bila aku ckp iBus record menunjukkan mereka awal, masing masing tertunduk. Ada budak perempuan kat office nie yang tolong clock in. Ya Allah, kenapalah yang senior buat macam ni..macam biasa...aku marah tak lama, tapi aku rasakan, apa lagi yang aku buat salah, aku pernah berpesan untuk semua ini, but yet it happen. Apa yang ymemungkinkan mereka buat semua ini. Aku ckp elok-elok, tolonglah tolong aku dan janji jangan buat lagi. Aku tak suka benda ini jadi besar-besaran. Aku pujukkan hati, lets give them a chance, I trust them. But yet don't betray the trust that I gave.

Corat Coret Hati.........

Baru-baru ni aku ada terbaca satu keratan akhbar ni, aku memang shock! habis. One of the singer name Yani (masuk pertandingan mentor) telah kembali mengadap Sang Pencipta. Innalillah........ Al Fatihah...

Semalam aku terima panggilan dari staff aku yang dekat JB kata dia nak ambil EL sebab atuk dia meninggal dunia. Semalam juga masa maid aku telefon kampung dia, mak sedara dia pun meninggal dunia. Aku berfikir seketika. Setiap makhluk Allah yang hidup pasti akan menempuhi semua itu, samada ia cepat atau lewat. Tiba-tiba hati aku tersentuh...Ya Allah, mudah-mudahan aku dipanjangkan usia. Aku ingin melihat anak-anak ku berjaya, berkatilah perkahwinan ku, panjangkan umur kami, murahkan dan bersihkan rezeki kami. Memang menitis air mata, bila aku kenang semua ini. Ia mengembalikan ingatanku kepada arwah ayahku. Aku memang anak manja ayahku. Ayah telah meninggalkan ku pada aku usiaku 16 tahun. Kadang-kadang aku terkilan kerana aku tidak sempat membalas jasa ayah ku. Aku rasa hiba, mengenangkan sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, ayah sanggup mahu tunggu aku untuk makan bersama, tapi hajat ayah tak kesampaian. Aku memang rindukan ayah. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah anda. Tak kira walau sejahat mana ayah anda, dia tetap ayah.

Monday, March 29, 2010

CE Summit 27-28 March 2010

Alhamdulillah, CE Summit dah pun selesai, dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar even memang event selama 1 1/5 day ini amat memenatkan, but I guess I have achived my objective.


Aku bertolak dari rumah tepat jam 8.30am. Anil one of my staff yang fetch aku dari rumah. Sebab aku malas nak drive lagi pun malam tu ada dinner jauh..so memang aku tak akan drive. So dia sampai around 8.30am then kitaorang bertolak. Sampai di KGNS around 9.00am. Masa aku sampai tu, Boss aku, En Basri dah sampai. Registration should start at 9.00am and the session should start at 9.30am. Tunggu punya tunggu dah 9.30am hanya ada beberapa orang CE jer yang ada. Hati mula rasa geram. Di tambah pula Boss pun dah bertanya “Mana dorang ni Lela”


Sabar…sabar. Jam menunjukkan jam sudah melewati 9:45am. Majority masih belum sampai. Tahap marah pun mula la naik. Aku suruh Fairuz, Anil give them a call. Where the hell are they??? Aku dah tak sabar dah, and aku start to call them and the answer is…otw 15 min lagi sampai. Astafirullah………gerammmmmmmmnya aku. So biasa ler…aku bila marah, the first impression is my face. Memang aku marah….orang dah sampai about an hour ago, and yet dorang still boleh dok lenggang mak limah.


Tepat jam 10.00am, aku dah suruh Anil untuk proceeed. Anil is the MC for this CE Summit. Memang pada mulanya aku rasa dia macam menggelabah sket, but I guess lepas dah warm up tu…overall memang he did a good job and I am proud of him. Bukan apa, aku just nak dorang ni build the confidence level esp those yang hold team leader punya position. Rahman pula, sorang lagi aku punya team leader memainkan peranan sabagai ustaz hari tu. Baca doa ler…aper lagi. So far this 2 guys jarang2 mengecewakan aku….Good job guys.

Satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan untuk CE punya team, bila ada one of them berani buat presentatation. This is really beyond his job scope. And CE yang dimaksudkan ialah Kamarul. Walaupun presentation dia still tak berapa lancar, tapi itu insyaAllah dapat di perbetulkan. He just need to be more prepared, presentation is not about reading the slides tapi the most important thing is you would be able to explain it to the audience. Thumbs up for Kamarul


Dipendekkan cerita, the first day habis around 6pm, and after that kami beramai-ramai convoy ke tempat dinner. Jauh gak ler tempat tu and masuk kawasan kampong and jalan dia x dak lampu. Klu aku yg drive p situ memang ler aku tak sampai. And kalau aku kena tinggal kat situ mau aku nangis golek-golek. Habis dinner around pukul 10 malam kot. Anil hantar aku balik rumah sampai before 11pm.

Hari kedua, Alhamdulillah we all start on time. Hari kedua CEO pun datang untuk Sessi penutup. Thanks to En Aziz, kerana sanggup meluangkan masa. 2nd day finish at 1:00pm. Lepas tu lunch and lepas lunch aku review KPI untuk staff2 region for quarterly review. Memang memenatkan tapi aku happy sebab aku ingin buat yang terbaik untuk staff2 aku. Aku tak mahu CE dipandang dan diperlekeh-lekehkan. Padahal dorang nil ah the front liner. I want, 1 day people at BIT can’t leave without CE. Possible aku nak CE2 aku berada di taraf sama dengan TS. And aku rasa semua itu tidak mustahil, mereka mempunyai kebolehan cuma, mereka ini perlukan guidance/bimbingan serta sokongan.


Fakta: Sepanjang hari pertama CE Summit…perut aku meragam., gastric..macam nak putus urat perut tue…..tak pernah aku rasa camni…tapi aku cuba maintain…hehehehehe

Thursday, March 25, 2010

Pergi Tak Kembali

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, March 23, 2010

Sengal!!!!

Camner aku nak cite har....mamat ni memang sengal, bengong pun ada...tak suka! tak suka! tak suka! Sakit kepalaaaaa

ITIL Foundation Training 22-24

This training is good for me, but sometime it's quite stressful. Sebab 1 thing for sure, dia ada exam....dah tu buat kat KL and I don't like driving dalam jam....Memang menguji kesabaran aku....To go to KL took me 2 hours...that is radiculas....Crazy...and I can't afford to have stress..


Wednesday, March 17, 2010

Marah Vs Sedih Vs Frustrated

Aku ni memang pantang di tipu, tak kisah ler anak ker staff ker. But today aku memang Marah + Sedih + Frust. What happen???? Hemmmm nak citer panjang, but one of my staff (senior dah and one of my good one) lie to me. Astafirullahhalazimmm....memang aku geram-aku geram-aku geram. Seharian, and semalaman aku dok fikir, why he did that to me.

Aku ni mana pernah marah staff aku, perhaps aku suka membebel, but just for a while. So that night aku sms aku punya service desk exec, to sms aku punya staff yg aku nak jumpa dia, first thing tomorrow morning.

So..what happen masa aku jumpa dia...aku found out lagi...ada satu lagi benda yg dia tak buat yg memang menghampakan aku...I am really frustrated...geram..badan dah rasa menggigil dok tahan sebak dan gerammmmmmmmm....

Well, this is part of the learning curve yg aku kena belajar. How to become a good manager. Aku punya impian satu jer...aku akan buat yg terbaik for their own benefit. Aku nak dorang jadi orang yg lain hormati. I have a few plan line up for them

Tapi aku memang frust on what have happen today.

Wednesday, March 10, 2010

Sakit Kepala Vs Tak suka makan

Sakit kepala.....Sakit kepala gilerrrrr....macam nak pitam pun ada gak...takut BP naik..pegi clinic kat bawah tu, sebenarnya bukan BP naik..BP rendah...gilerrrr...malas nak kasi tau hubby aku, nanti dia pok pek pok pek...nanti dia kata sebab aku tak suka makan.

Sentuh pasal tak suka makan ni...bukan sebab nak jaga badan, mungkin ada sikitlah. Tapi, dari sebelum aku kawin dulu, masa duduk bujang, aku malas nak p kedai makan, sebab tak dak kereta. So bermula dari situlah...aku tak suka makan malam. Bila lama kelamaan dah jadi habit and bila aku makan perut aku jadi tak selesa sampai jadi tegang and kadang-kadang buat aku macam nak muntah.

Sentuh pasal makan pagi pula...aku memang tak suka breakfast pepagi...nak-naknya breakfast heavy. Aku rasa kalau aku breakfast aku jadi malas sangat. Tapi lunch ok..aku akan makan tapi pun tak leh makan lebih sangat sebab nanti perut aku meragam.

Kadang-kadang, bila dah kerja banyak sangat aku sampai abaikan lunch aku...bukan apa malas nak turun makan...

Back tu BP rendah ni...takut juga aku, aku pernah jadi mcam ni dah dua kali dah. First time masa aku kat CSC. Tetiba jer black out (pitam) sampai boss hantar pegi UMMC. Giler...jadi macam hayal-hayal, badan macam seram-seram sejuk pas tu tergolek.

Satu lagi jadi masa aku kat IntellBiz (office sebelum aku join BIT) tergolek kat luar corridor kat luar...sib baik org nampak..

So hari ni memang aku minta doa bebanyak supaya tak jadi kat office ni. Dah almost jadi...aku control sangat. Pepagi lagi one of aku punya staff datang pasal ada issue kat one of my customer, nasib baik masa tu aku duduk so aku pun control jer lah dok pegang meja. Pas tu datang pula one of aku punya team leader jumpa aku pasal task yg aku assign and nak ambik broadband masa tu aku dah berdiri and nak jalan...Dalam hati aduhhhhh please..please jgn tergolek...Fuh lega. Lepas lunch aku dah tak leh tahan pegi tido dalam surau jap...lepas bangun baru rasa lega...

Untung hubby aku leh save cost...hahahahah sebab aku tak suka makan...

Thursday, March 4, 2010

Happy Birthday Honey

Hari ni birthday hubby aku yang ke 41. Selamat Hari Ulang Tahun Honey. Tahun ni aku hadiahkan dia dengan phone Blackberry Bold 9700 (latest). Yang bestnya hadiah tu aku dah kasi dia 3 weeks early...so kira surprise lah...so hari ni memang dah tak ada hadia, cuma macam biasa at least 3 keping card yang akan aku kasi di samping sejambak bunga yang aku order dah deliver ke office dia. Bunga memang aku tak pernah missed kasi kat dia sepanjang almost 13 tahun usia perkahwinan aku. Same goes to him. Syukur kepada Allah, kerana mengurniakan aku suami yang begitu penyayang dan dapat membimbingku ke jalan yang diredhai. Lela sayanggggggg Ai...muahhhhhhhh