BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Corat Coret Hati.........

Baru-baru ni aku ada terbaca satu keratan akhbar ni, aku memang shock! habis. One of the singer name Yani (masuk pertandingan mentor) telah kembali mengadap Sang Pencipta. Innalillah........ Al Fatihah...

Semalam aku terima panggilan dari staff aku yang dekat JB kata dia nak ambil EL sebab atuk dia meninggal dunia. Semalam juga masa maid aku telefon kampung dia, mak sedara dia pun meninggal dunia. Aku berfikir seketika. Setiap makhluk Allah yang hidup pasti akan menempuhi semua itu, samada ia cepat atau lewat. Tiba-tiba hati aku tersentuh...Ya Allah, mudah-mudahan aku dipanjangkan usia. Aku ingin melihat anak-anak ku berjaya, berkatilah perkahwinan ku, panjangkan umur kami, murahkan dan bersihkan rezeki kami. Memang menitis air mata, bila aku kenang semua ini. Ia mengembalikan ingatanku kepada arwah ayahku. Aku memang anak manja ayahku. Ayah telah meninggalkan ku pada aku usiaku 16 tahun. Kadang-kadang aku terkilan kerana aku tidak sempat membalas jasa ayah ku. Aku rasa hiba, mengenangkan sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, ayah sanggup mahu tunggu aku untuk makan bersama, tapi hajat ayah tak kesampaian. Aku memang rindukan ayah. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah anda. Tak kira walau sejahat mana ayah anda, dia tetap ayah.

0 comments: