Pagi tadi sedang aku membelek-belek aku punya internal system (iBus), tiba-tiba mata aku jadi tertarik untuk melihat absent list. Alhamdulillah, semua staff aku dah buat movement, maksudnya mereka benar-benar ingin membuat perubahan. Dan tak ada yang lewat. Aku pun sudah nekad, aku juga harus berubah, kerana bulan ini saja dah 10 kali datang lewat walaupun hanya lewat tidak melebihi 10 minute...tapi the fact is dia tetap lewat.
Tangan terasa gatal untuk scroll down lebih lanjut...mataku terlopong seketika, ada sesuatu yang benar-benar menarik perhatianku dan membuat aku tertanya-tanya. Rasa pelik pun ada. Ada 4 orang staff aku yang clock in masanya memang awal, tetapi sehingga pukul 10 masih tidak sampai dioffice. Dan mereka ini adalah golongan staff yang senior dan 2 daripadanya adalah team leaders. Doaku biarlah mereka tidak buat apa yang aku sangkakan iaitu menyuruh staff lain clock in on behalf of them. Kerana perbuatan itu memang SALAH!!!! Faham memang SALAH!!!
Secara kebetulah hari ni aku ada appointment diluar dgn of my team leader. Masa dalam kereta tu, aku mengambil kesempatan bertanya adakah apa yang aku lihat itu betul. Dan jawapannya adalah betul. Memang aku frust. Memang dia punya alasan tersendiri, tapi bagiku apa yg penting kita harus bersikap jujur. Kalau lewat terimalah hakikat yang kita lewat. Begitulah yg terjadi pada aku, kalau dah lewat aku harus terima aku salah, aku lewat.
Lepas balik dari appoinment aku panggil ke empat-empat mereka. Aku tanya sorang-sorang. Semua cakap jujur meraka semua sampai selepas pukul sembilan di office tapi bila aku ckp iBus record menunjukkan mereka awal, masing masing tertunduk. Ada budak perempuan kat office nie yang tolong clock in. Ya Allah, kenapalah yang senior buat macam ni..macam biasa...aku marah tak lama, tapi aku rasakan, apa lagi yang aku buat salah, aku pernah berpesan untuk semua ini, but yet it happen. Apa yang ymemungkinkan mereka buat semua ini. Aku ckp elok-elok, tolonglah tolong aku dan janji jangan buat lagi. Aku tak suka benda ini jadi besar-besaran. Aku pujukkan hati, lets give them a chance, I trust them. But yet don't betray the trust that I gave.
Wednesday, March 31, 2010
Gotcha!!!!!!......
Posted by Aku Lela at 7:36 PM
Labels: 31/03/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment